Page 46 - Sejarah Tahun 6 SR Kegunaan 2022
P. 46
SEJARAH TAHUN 6 SK
Rukun Negara Asas Tunjang Negara
Rukun Negara adalah merupakan ideologi negara. Ketiadaan perhubungan erat
dalam masyarakat telah membawa gangguan terhadap kestabilan politik negara.
Justeru Rukun Negara diperkenalkan untuk merapatkan perhubungan antara
masyarakat berbilang kaum di negara kita
Pihak British telah mengamalkan dasar pecah dan perintah semasa
menjajah Tanah Melayu.
Pihak British telah memperkenalkan ekonomi moden dan
mengekalkan ekonomi tradisional.
Masyarakat ditempatkan mengikut bidang pekerjaan masing-masing.
Orang Cina menetap di kawasan perlombongan, orang Melayu di
kawasan luar bandar dan orang India di kawasan perladangan getah.
Akibatnya perhubungan masyarakat menjadi terbatas. Persefahaman
dalam kalangan masyarakat juga terhad
Pihak British telah mengamalkan dasar pecah dan perintah semasa
menjajah Tanah Melayu.
Kafe
Siapakah yang mengisytiharkan Bentuk suasana kafe atau kedai kopi di dalam kelas.
Rukun Negara?
Bincangkan aktiviti yang boleh merapatkan perhubungan di
kalangan masyarakat berbilang kaum.
Rukun Negara telah digubal oleh Majlis Gerakan Negara (MAGERAN).Mageran ditubuhkan
untuk mengawal keamanan negara akibat peristiwa 13 Mei 1969
- 40 -

