Page 4 - CERPEN CINTA AHMAD MUTAWALKIL_Neat
P. 4
mempunyai semangat perjuangan yang tinggi sehinggakan tidak sanggup menerima sebarang pujian
selagi Tanah Melayu belum merdeka. Dia sanggup menggadaikan nyawanya untuk menentang
komunis dan akhirnya dia terbunuh sebelum mengecap kemerdekaan Tanah Melayu. Perjuangan dan
pengorbanannya terus diingati oleh masyarakat kampungnya sama seperti mereka mengingati kata-
kata anak muda itu “Tanah Melayu pasti merdeka!”
PERSOALAN
1. Persoalan perubahan sosioekonomi masyarakat kampung.
Kedatangan Tuan Booth dan keluarga telah merubah sosioekonomi masyarakat kampung
apabila beliau telah mengupah beratus-ratus buruh termasuk penduduk kampung sendiri
untuk meneroka belukar bagi meluaskan penanaman getah.
2. Persoalan kepentingan sikap berdikari dalam kehidupan.
Ahmad Mutawakkil belajar berdikari setelah kematian bapanya, Wan Sadir dengan cara
bekerja dengan orang putih.
3. Persoalan kesan kedatangan penjajah
Kedatangan penjajah yang membawa kepada serangan telah menyebabkan seluruh
ketenangan hidup masyarakat kampung hilang
4. Persoalan tanggungjawab seorang pemimpin
Imam Ngah Deraman bergegas meninggalkan surau selepas solat isyak untuk mencari
Ahmad Mutawakkil yang kehilangan tempat menumpang nasib setelah pemergian Tuan

