Page 161 - DIARI FULL
P. 161
SMK TUN PERAK, MUAR
(b) Hari sukan
(c) Hari keluarga
(d) Hari pendaftaran pelajar
(e) Majlis-majlis sekolah dan lain-lain.
23. Tugas lain Setiausaha Disiplin :
(a) Memanggil mesyuarat dan mencatat minit mesyuarat Lembaga
Disiplin sekolah jika perlu.
(b) Menyedarkan minit mesyuarat serta cadangan keputusan
Lembaga Disiplin kepada Pengetua.
(c) Memaklumkan maklumat dan perkembangan disiplin dari semasa
ke semasa kepada pihak pentadbiran sekolah.
BIDANG TUGAS JAWATANKUASA PENGAWAS
1. Mengadakan mesyuarat bersama badan pemimpin pelajar.
2. Mengedarkan minit mesyuarat kepada semua AJK.
3. Menyenaraikan dan mengemukakan calon pemimpin pelajar kepada PK HEM.
4. Menguruskan perlantikan rasmi pengawas sekolah.
5. Menguruskan tempahan dan pengagihan blazer kepada pemimpin pelajar.
6. Menyedia dan menerangkan bidang tugas dan jadual tugas pemimpin pelajar.
7. Membimbing dan membantu pemimpin pelajar dalam menguatkuasakan
peraturan sekolah.
8. Mengadakan kursus-kursus kepimpinan dan kesedaran untuk pemimpin pelajar.
9. Menyediakan laporan tahunan lembaga pemimpin pelajar.
10. Mendapatkan maklumat salah laku disiplin daripada guru disiplin dan
mencatatkan semua kes disiplin dalam buku laporan disiplin.
11. Bekerjasama dengan guru disiplin membuat rondaan/spot-check.
12. Bertanggungjawab tentang semua fail yang berkaitan dengan pemimpin
pelajar.
13. Menyediakan Sijil Penghargaan kepada pemimpin pelajar.
14. Bertanggungjawab tentang pengurusan dan keceriaan bilik pemimpin pelajar.
BIDANG TUGAS JAWATANKUASA PENAMPILAN PELAJAR DAN KETEPATAN MASA
1. Memastikan semua pelajar mematuhi etika pemakaian pakaian yang
dibenarkan.
2. Membuat pemeriksaan pakaian pelajar lelaki dan perempuan.
3. Memastikan pelajar lelaki berambut pendek dan kemas.
4. Mempamerkan potongan rambut yang dibenarkan di dalam buku peraturan
sekolah.
5. Membuat pemeriksaan kuku pelajar.
6. Memastikan pelajar memakai tanda nama dan lencana sekolah.
7. Mengatur program yang dapat menimbulkan kesedaran kepada pelajar
163 SMK TUN PERAK TERUS GEMILANG

