Page 5 - e folio sukan dan perpaduan_Neat
P. 5
Sejarah Sukan
SEJARAH SUKAN, Sejarah sukan kemungkinannya
bermula sejak awal kewujudan manusia lagi bertujuan
untuk manusia menggunakan seluruh badan mereka
kerana manusia merupakan makhluk yang aktif.Selain itu,
sukan merupakan kaedah yang terbaik bagi manusia
untuk menggunakan kelebihan yang mereka miliki kepada
alam semula jadi serta persekitaran mereka.Oleh hal yang
demikian, sejarah sukan mampu mengajar kita banyak
perkara seperti mengenai perubahan kemasyarakatan
serta sifat semula jadi sukan itu sendiri.Misalnya, aktiviti
bersukan dapat meningkatkan asas kemahiran diri sendiri
agar kemahiran itu, selari dengan
penggunaannya.Dengan keadaan yang sedemikian,
kepercayaan masyarakat semakin berubah dari masa ke
masa.Dalam pada masa yang sama, terdapat juga
perubahan dari segi peraturannya.Namun demikian,
semakin jauh kita mendalami maklumat-maklumat
sejarah sukan ini semakin sedikit teori yang dapat
disimpulkan mengenaiasal dan tujuan sukan ini dicipta
kerana ia sukar disokong tanpa bukti yang kukuh.Sungguh
pun begitu,kepentingan sejarah sukan terhadap manusia
tidak dapat dinafikan.

