Page 12 - Masyarakat Pelbagai Kaum Di Sabah - PBL bahasa Melayu Muhd Alif Hazim 2Jujur
P. 12
IBAN
Iban atau Dayak Iban (dalam Bahasa Iban Iban bermaksud orang
atau manusia), adalah salah satu rumpun Dayak yang terdapat di
Sarawak, Kalimantan Barat, Brunei, Sabah dan Johor. Kebanyakan
masyarakat Iban pada hari ini menerima agama Kristian sebagai
pegangan hidup, tetapi dalam masa yang sama masih mengekalkan
nilai adat resam dan ciri-ciri kebudayaan yang menjadi lambang
tradisi masyarakat Iban. Tradisi orang Iban adalah adat, budaya dan
kepercayaan asal mereka, tanah pusaka dan kehidupan di rumah
panjang. Banyak adat-adat asal yang masih diamalkan dan
digunapakai dalam komuniti di rumah-rumah panjang untuk menjaga
ketenteraman dan keamanan masyarakat.

