Page 14 - CHEE YU SHENG 4 UKM SAINS PBL DADAH
P. 14

Faktor berlakunya penyalahgunaan dadah adalah tekanan daripada masalah yang dihadapi seperti masalah peribadi,
          keluarga dan kerja. Oleh hal yang demikian, apabila tekanan emosi berlaku secara  keterlaluan, seseorang itu akan

          mengalami kemurungan sehingga tidak mampu berdepan dengan tekanan tersebut. Akhirnya, sebagai jalan

          penyelesaian mereka mengambil jalan mudah dengan menjadikan dadah sebagai teman setia yang membolehkan
          mereka melupakan tekanan yang dihadapi.




          Di samping itu, faktor berlaku penyalahgunaan dadah adalah kurangnya pengetahuan tentang dadah. Sebenarnya,
          remaja-remaja di negara kita tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang kesan negatif penggunaan

          dadah. Tanpa mereka sedari sebenarnya dadah boleh menyebabkan pemikiran seseorang itu tidak waras dan gagal

          untuk membuat keputusan yang rasional dan juga mungkin akan membawa  maut.



          Faktor seterusnya adalah dipengaruhi oleh rakan sebaya. Hal ini demikian kerana, rakan merupakan orang terdekat

          kepada remaja selepas keluarga. Mereka kerap menghabiskan masa bersama berbanding dengan ahli keluarga. Oleh

          hal yang demikian, mereka akan mengikut dan melakukuan perkara yang dilakukuan oleh rakan mereka tanpa
          menyedari kesan buruk pengambilan dadah.




          Selain itu, kurangnya didikan agama juga merupakan faktor penyalahgunaan dadah. Mereka yang kurang didikan

          agama akan mudah terjerumus ke dalam kancah penyalahgunaan dadah. Hal ini demikian kerana  dengan adanya
          pegangan agama yang kuat seseorang itu akan sukar untuk melakukan sesuatu kesalahan.  Faktor kurangnya didikan

          agama juga akan menyebabkan mereka mengabaikan pantang larang  dalam kehidupan dengan melakukan

          perbuatan salah seperti menghisap dadah.
   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19