Page 13 - BAHASA MELAYU TEMA : BUDAYA BANGSA TAHUN 2
P. 13

ALAT MUZIK KAUM MELAYU








                                                          Gambus merupakan sejenis alat muzik bertali taradisional di Malaysia ia

                                                          berbentuk seperti buah pear yang berbelah dua. Gambus tergolong dalam

                                                          alat muzik jenis`petik’ yang dikatakan berasal dari Timur Tengah. Gambus

                                                          terdapat dalam pelbagai jenis iaitu dari tiga tali sehingga gambus 12 tali.



                                                          Gendang ialah alat bunyian yang diperbuat daripada kulit binatang seperti

                                                          kerbau, kambing atau lembu. Ia merupakan salah sebuah alat muzik dalam

                                                          keluarga genderang. Setiap bangsa seperti Cina, Melayu dan India
                                                          mempunyai gendang dengan nama tersendiri. Gendang boleh didapati dalam

                                                          pelbagai saiz dan kegunaan. Ada gendang yang digunakan untuk persilatan

                                                          orang Melayu. Ada gendang digunakan bagi tari menari dan ada juga yang
                                                          digunakan untuk menyambut perayaan pertabalan Diraja




                                                          Kompang merupakan sejenis alat muzik yang paling popular bagi

                                                          masyarakat Melayu. Ia tergolong dalam kumpulan alat muzik gendang.

                                                          Kulit kompang biasanya diperbuat daripada kulit kambing. Paluan kompang

                                                          terbahagi kepada 2 iaitu tradisi dan paluan moden ataupun kreatif.
                                                          Biasanya kompang ini digunakan ketia mengarak pengantin.
   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18