Page 35 - Budaya Masyarakat Malaysia
P. 35
KESIMPULAN
Malaysia merupakan sebuah negara majmuk yang mempunyai pelbagai
kaum, budaya dan agama. Hal ini, terjalinlah satu hubungan perpaduan
yang merupakan pemangkin utama kepada kemajuan negara yang kita
kecapi sekarang. Tanpa perpaduan yang utuh, keharmonian
bermasyarakat tidak dapat dinikmati kerana tiada persefahaman dan
kerjasama daripada semua kaum untuk mempertahankannya.
Setiap kaum mestilah mempunyai peranan dan fungsi masing-masing
dalam pembangunan negara. Oleh itu,setiap kaum haruslah
bekerjasama dan menghargai peranan yang ada pada kaum-kaum lain.
Kepelbagaian etnik dan budaya hasil daripada kewujudan masyarakat
yang berbilang kaum di Malaysia telah menjadikan Malaysia sebuah
negara yang unik di mata dunia. Oleh itu, keunikan ini perlulah
dipelihara dengan baik untuk tatapan generasi akan datang dan pada
masa yang sama menjadi contoh kepada negara luar.

