Page 31 - CHEE YU SHENG Budaya Masyarakat Malaysia
P. 31
Alat Muzik Kaum India
Dholak ialah sejenis alat Gendang dua muka berbentuk tong yang dikategorikan sebagai alat
Membranofon.
DIPERBUAT:
Permukaannya yang lebih kecil di sebelah kanan iaitu muka trebel ditutupi dengan kulit kambing yang
ditala kepada pic yang lebih tinggi. Manakala di sebelah muka yang lebih besar iaitu muka bes dipasang
dengan kulit yang mempunyai lapisan khas di bahagian dalam kulit mukanya.Lapisan khas ini iaitu yang
diperbuat dari campuran tar, tanah liat dan pasir halus menghasilkan pic yang rendah.Baluh alat ini
diperbuat daripada kayu dan diikat dengan tali.
Manjira dikategorikan sebagai alat Idiofon.
DIPERBUAT:
Ia diperbuat daripada logam gangsa.
FUNGSI:
Di dalam muzik klasik India,peranannya adalah untuk mengiringi nyanyian dan memainkan
irama.Ia merupakan komponan yang penting di dalam muzik bhanjas dan muzik tarian.

