Page 39 - KOLEKSI INOVASI JILID 8 EDISI MInD IPG 2020
P. 39
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021
ERGO KHAT 2.0
Dr. Bani Hidayat bin Mohd Syafie, Badruddin bin Yatiban
IPG Kampus Pendidikan Islam
SINOPSIS
ERGO KHAT ini direka untuk memudahkan proses latih tubi kemahiran
penulisan khat dalam kalangan murid sekolah dan dewasa. Ia juga dapat
mengurangkan penggunaan dakwat dan kertas yang biasanya digunakan
dalam proses latih tubi penulisan khat. Ergo Khat ini diperbuat dari bahan yang
mudah diperoleh di pasaran dengan kos yang rendah dan berpatutan. Rekaan
ini memberi kemudahan kepada mereka yang kurang kemahiran mengawal
pen marker dengan penggunaan pen marker holder yang diperbuat dari plastik
PVC kelas 7.
RASIONAL PROJEK
Ramai dalam kalangan murid dan guru kurang menguasai kemahiran
penulisan khat sedangkan ia perlu dikuasai oleh murid tahun 5 dan 6 dalam
mata pelajaran Pendidikan Islam. Begitu juga murid tahun 4 dalam mata
pelajaran bahasa Melayu menerusi semakan kurikulum yang terbaharu.
Selain itu, masa pembelajaran yang agak terhad menjadi kekangan kepada
murid untuk menguasai kemahiran tersebut. Justeru, satu kaedah yang
mudah dan pantas perlu disediakan agar ramai pelajar dapat menguasai
kemahiran menulis khat dengan cepat dan betul.
Objektif projek
i. Membantu pelajar menulis dengan betul dalam penulisan khat Nasakh
dan Rika’ah.
ii. Membantu cara menulis pelajar melalui penggunaan “pen marker holder.”
iii. Membantu menentukan kedudukan mata pen dengan betul semasa
memulakan penulisan.
STRATEGI PENYELESAIAN
Strategi penyelesaian isu yang wujud dengan menentukan masalah utama
yang dihadapi oleh pelatih guru dengan mendapatkan analisis keperluan
kemahiran khat dalam kalangan mereka. Dapatan kajian menunjukkan:
30

