Page 14 - eBOOK BERSARA PN HJH ROGAYAH NOV 2020
P. 14

KENANGAN BERSAMA











                 Duhai cikgu yang baik budi

                 Sudah bermusim kita di sini
           Banyak cerita suka duka yang kita kongsi

                  Hingga kenal hati dan budi



              Sebak dan sayu nak ditinggal pergi

             Namun jangan ditangisi perpisahan ini

            Kerana kami di sini tak pernah melupai

                 Setiap detik yang kita lalui



             Ketahuilah duhai cikgu yang baik budi

                 Perpisahan ini amat memilui

            Cikgu akan tetap dikenang dan dirindui

                 Selagi nafas belum terhenti


          Selamat bersara duhai cikgu yang disanjungi

         Semoga mendapat kehidupan yang indah nanti

                Segala penat jerih cikgu lalui

              Pastinya mendapat keredhaan ilahi



      Doa kami moga ukhuwah tidak berakhir sampai di sini

                Biarlah Ukhuwah kita ini abadi

               Dan kelak kita dipertemukan lagi

                  Oleh ALLAH Rabbul Izzati

             Di dalam Jannah-NYA yang tertinggi


                   ... Sampai ketemu lagi...
   9   10   11   12   13   14   15   16