Page 13 - Writ or Judicial Review
P. 13
KES 1: MENERIMA SUAPAN
Mana-mana orang atau ejen yang memujuk rayu atau
menerima suapan sebagai satu dorongan atau upah
untuk melakukan atau tidak melakukan apa-apa
perbuatan yang berhubungan dengan prinsipalnya
melakukan kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
Seorang ketua majlis tempatan telah memujuk rayu dan
menerima rasuah sebanyak RM385,000.00 dalam bentuk
wang tunai dan satu set golf bernilai RM2,500 dari
seorang kontraktor kerana menjanjikan kontraktor itu
sokongan untuk meluluskan dan memudahkan projek
pembangunan rumah seluas 10 ekar.
Beliau didapati bersalah kerana memujuk rayu dan
menerima suapan dan telah dihukum satu tahun penjara
dan denda sebanyak RM1.9 juta.

