Page 4 - PSV Tingkatan 1
P. 4

BIDANG  :  SEJARAH DAN APRESIASI SENI VISUAL

              TAJUK     :  PERKEMBANGAN SENI VISUAL DI MALAYSIA



              Sejarah  - Seni Halus
                        -  Perkembangan seni visual di Malaysia berlaku secara berperingkat- peringkat

                            dan berkait rapat dengan seni halus, seni reka dan seni kraf.

                        -  Sejarah seni visual negara kita bermula pada tahun 1920-an dengan penubuhan

                            Penang Impressionist Society.

                        -  Kumpulan ini menggunakan lanskap sebagai tema karya mereka.

                        -  Pada tahun 1950-an, Wednesday Art Group telah ditubuhkan dengan

                           menampilkan karya catan gaya naturalisme menggunakan subjek tempatan
                           sebagai tema.

                        -  Selepas merdeka, landskap seni visual negara terus berubah dengan menampilkan

                           catan gaya ekspresionisme dan ekspresionisme abstrak hasil pengaruh barat.

                        -  Perkembangan seni semakin rancak dengan penubuhan Angkatan Pelukis SeMalaysia

                           dan Persatuan Pelukis Malaysia.

                        -  Penubuhan institusi seperti Institut Teknologi MARA dan institusi seni swasta yang

                           menawarkan pelbagai kursus seni.



                        -  Seni Reka
                        -  Sejarah perkembangan seni reka negara kita agak baru berbanding dengan

                                perkembangan seni halus dan seni kraf.

                        -  Seni reka terbahagi kepada komunikasi visual, reka bentuk teknologi dan reka

                           bentuk persekitaran.

                        -  Kewujudan kursus seni reka secara formal menerusi Institut Teknologi Mara ( Uitm),

                           Universiti Sains Malaysia, Universiti Malaysia Sarawak dan institusi swasta

                           merupakan titik tolak transformasi terhadap bentuk-bentuk rekaan dua dimensi (2D)
                           dan tiga dimensi (3D) sejajar dengan perkembangan sains dan teknologi.
   1   2   3   4   5   6   7   8   9