Page 48 - PSV Tingkatan 1
P. 48
BIDANG : BAHASA SENI VISUAL
TAJUK : IMBANGAN
Definisi Imbangan - Imbangan bermaksud kesamaan dan kesepadanan dari segi berat,
kedudukan dan tumpuan.
- Imbangan merujuk kepada cara elemen seni disusun.
- Imbangan diolah berasaskan kepada berat ringan secara fizikal dalam
menghasilkan karya 3D. Manakala dalam karya 2D imbangan diolah
berasaskan kepada pertimbangan secara visual.
Ciri-ciri Imbangan - Imbangan simetri dalam seni visual wujud apabila unsur-unsur seni
yang digunakan saksama jika dilihat menggunakan garisan paksi di
tengah-tengah sebuah karya.
- Imbangan yang tidak saksama pula dianggap tidak simetri.
- Prinsip imbangan oleh dilihat pada alam semula jadi objek buatan
manusia dan karya seni visual.
- Imbangan dapat mewujudkan suasana yang harmoni, stabil dan kukuh
dalam sesuatu gubahan.
- Imbangan mampu menghasilkan variasi dan menarik perhatian.
Jenis Imbangan
➢ Terdapat dua jenis imbangan iaitu :
● Imbangan Simetri - gubahan yang kelihatan sama antara bahagian kiri dan kanan
objek atau gubahan.
● Imbangan Tidak Simetri - gubahan yang tidak sama di kedua-dua bahagian
objek atau gubahan tetapi masih mempunyai ciri-ciri
yang menampakkan kesan keseimbangan.

