Page 114 - Manual Pengurusan Sekolah 2022
P. 114

ARAHAN AM: BIDANG KOKURIKULUM
            1.0  AKTIVITI KOKURIKULUM

                   i.     Guru  akan  ditugaskan  menjadi  penasihat  kegiatan kokurikulum.  Tugas kokurikulum
                          merupakan tugas rasmi dan hendaklah dijalankan dengan cekap dan teratur.

                   ii.    Guru penasihat rumah / permainan / persatuan / kelab dan kegiatan kokurikulum yang
                          lain hendaklah hadir apabila kumpulannya menjalankan aktiviti yang telah ditetapkan
                          dan hendaklah bersungguh-sungguh menyempurnakan tanggungjawab.

                   iii.   Tiap-tiap  kegiatan  yang  melibatkan  pelajar  perempuan,  mestilah  dihadiri  sekurang-
                          kurangnya seorang guru perempuan.

                   iv.    Semua guru wajib hadir untuk kegiatan kokurikulum mengikut masa, jadual dan bidang
                          yang  telah  ditetapkan.  Peruntukan  selama  180  minit  (3  jam)  seminggu  dianggap
                          sebagai masa bertugas  iaitu 1 jam untuk tugasan permainan dan sukan dan 2 jam
                          untuk gerakerja Persatuan/ Kelab / Pasukan Beruniform [PPKn.3513/SJI/(133)].

                   v.     Segala kegiatan kokurikulum adalah dengan arahan / kebenaran oleh Pengetua atau
                          Penolong Kanan Kokurikulum.

                   vi.    Guru-guru  digalakkan  memakai  pakaian  kokurikulum  /  sukan  sebagaimana  garis
                          panduan yang telah ditetapkan semasa menghadiri sesi gerak kerja kokurikulum.

                   vii.   Guru  tidak  digalakkan  memanggil  pelajar  keluar  dari  bilik  darjah  semasa  pelajaran
                          sedang berjalan.

                   viii.   Guru-guru digalakkan memakai uniform unit badan beruniform masing-masing pada
                          setiap hari Rabu.

            1.1     KEAHLIAN KELAB GURU DAN STAF / PIBG /   KOPERASI SEKOLAH

                   i.     Semua guru dan staf sokongan secara automatik menjadi ahli Kelab Guru dan Staf dan
                          ahli PIBG. Guru-guru dan staf sokongan digalakkan menjadi ahli Koperasi Sekolah.

                   ii.    Jumlah yuran Kelab Guru dan Staf adalah tertakluk kepada keputusan mesyuarat.

                   iii.   Semua guru dan staf sokongan diwajibkan menyertai aktiviti-aktiviti Kelab Guru dan
                          Staf dan PIBG.























             Manual Pengurusan Sekolah Sessi 2022/2023                                     95
   109   110   111   112   113   114   115   116   117   118   119