Page 2 - Manual Pengurusan Sekolah 2022
P. 2

PERUTUSAN
                                                        PENGETUA











                      Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera


                             Alhamdulillah,  syukur  ke  hadrat  Allah  Subhanahu  Wa  ta’ala  kerana

                      dengan izin dan limpah-Nya, kita masih lagi diberi kekuatan untuk bertemu dan
                      memulakan tugas di SMK Kemumin bagi tahun 2022.  Syabas dan tahniah saya
                      tujukan kepada AJK Buku Manual Pengurusan  Sekolah (BMPS) Sesi 2022 yang

                      telah  bertungkus-lumus  berusaha  menyiapkan  buku  ini.    BMPS  menjadi  garis
                      panduan kepada guru-guru dan staf untuk melaksanakan tugas dengan penuh

                      dedikasi dan lebih berkesan.


                             Selamat  datang  ke  sesi  persekolahan  sesi  2022/2023,  semoga  bakal
                      menjanjikan suatu perubahan positif yang lebih drastik dan bermakna.  Seperti
                      yang  kita  ketahui,  pendidikan  kita  sekarang  juga  telah  melalui  pelbagai  fasa

                      tranformasi  ke  arah  Naratif  Baharu  Amalan  Pendidikan  iaitu  pembelajaran
                      berorientasikan peperiksaan kepada berorientasikan perkembangan murid.  Pada
                      tahun 2022 SMKK juga telah terpilih sebagai Sekolah Tranformasi (TS25).  TS25

                      adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui persekitaran
                      pembelajaran yang menyeronokan, disokong kepimpinan yang berkualiti, guru
                      yang kompeten dan beraspirasi tinggi dan komitmen yang padu.  Selain daripada
                      itu  juga  SMK  Kemumin juga  dipilih  sebagai  Pusat  STEM  oleh  JPN.  STEM  ialah

                      integrasi  bidang  Sains,  Matematik,  Kejuteraan  dan  Teknologi  untuk  mengajar
                      kemahiran abad ke 21.  Dalam bidang sukan Unit Sukan JPN juga telah memilih
                      SMK Kemumin sebagai Pusat Golf Negeri.


                             Guru-guru dan staf perlu sentiasa bersedia dengan minda dan perilaku
                      yang positif agar segala perancangan organisasi dapat dijayakan dalam keadaan

                      harmoni dan keterbukaan.  Persediaan minda yang positif dan sikap proaktif perlu
                      segera  disemai  bagi  menjadikan  murid-murid  menguasai  pelbagai  ilmu,
                      kemahiran  dan  sikap  yang  positif  selari  dengan  revolusi  4.0,  iaitu  penerapan
                      teknologi maklumat dan komunikasi kepada industri apabila “internet of thing”

                      (IoT)  menjadi  pemancu  utama  lebih-lebih  lagi  apabila  kebanyakan  urusan
                      semuanya dilakukan secara dalam talian.



             Manual Pengurusan Sekolah Sessi 2022/2023                                     i


                      LOKMAN ZAKEY BIN HASHIM
                      PENGETUA SMK KEMUMIN
   1   2   3   4   5   6   7