Page 32 - Manual Pengurusan Sekolah 2022
P. 32

FOKUS DAN HALA TUJU SEKOLAH


                   FOKUS PENGURUSAN PENGARAH JABATAN PENDIDIKAN NEGERI KELANTAN


               ❖  Pengajaran dan pembelajaran berkesan.
               ❖  Pemantapan kualiti kepimpinan.
               ❖  Kecemerlangan peperiksaan awam ( Top 5 ).
               ❖  Pengukuhan disiplin , sahsiah , akhlak dan jati diri pelajar.
               ❖  Sekolah yang bersih, ceria dan selamat.
               ❖  Menjayakan NKRA , MKRA dan KPI.
               ❖  Sistem penyampaian yang berkesan.
               ❖  Kecemerlangan sukan dan kokurikulum.
               ❖  Guru dan kakitangan pendokong aspirasi negara.
               ❖  Pengurusan sumber manusia organisasi.



                                10 FOKUS PENGURUSAN SEKOLAH BERKESAN

               ❖  Pengetua dan barisan pentadbir yang berkesan.
               ❖  Sekolah yang berkesan.
               ❖  Guru yang professional
               ❖  Kurikulum yang berkesan
               ❖  Penilaian dan peperiksaan yang sistematik.
               ❖  Pembinaan infrastruktur sokongan pengajaran dan pembelajaran.
               ❖   Pembinaan Institusi perancangan dan penyeliaan.
               ❖  Pembinaan system institusi pelaksanaan dan pemantauan yang berkesan.
               ❖  Pembangunan staf yang komprehensif
               ❖  Pembinaan hubungan luar dengan masyarakat.
            FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN DAN FALSAFAH SEKOLAH


                                    FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN


            Pendidikan  di  Malaysia  adalah  suatu  usaha  berterusan  ke  arah  lebih  memperkembangkan  potensi
            individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari
            segi intelek , rohani , emosi , dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
            Usaha  ini  adalah  bertujuan  untuk  melahirkan  warganegara  Malaysia  yang  berilmu  pengetahuan,
            berketrampilan,  berakhlak  mulia,  bertanggungjawab  dan  berkeupayaan  mencapai  kesejahteraan  diri
            serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.






             Manual Pengurusan Sekolah Sessi 2022/2023                                    20
   27   28   29   30   31   32   33   34   35   36   37