Page 3 - Bab 8 : Pilihanraya
P. 3
RUNDINGAN SEBELUM PILIHAN RAYA
UMUM
1 Februari 1954
Jawatankuasa Pilihan Raya telah dibentuk dengan 46 orang ahli untuk mengkaji
hal ehwal pilihan raya yang akan dijalankan. Terdapat dua bentuk penyata
susunan MPP yang dinamakan Bentuk A dan Bentuk B
• Tunku Abdul Rahman dan Parti Perikatan memilih Bentuk A
• Jawatan Kuasa pilihan Raya memilih bentuk B
21 April 1954
Tunku Abdul Rahman berangkat ke London bersama-sama dengan
Tan Cheng Lock, T.H Tan dan Dato’ Abdul Razak Hussein setelah memilih
tempoh pilihan raya yang perlu diadakan tidak lewat daripada bulan
November 1954,
(a) Tujuan rombongan ialah untuk menyatakan hasrat menentukan tiga
perlima bilangan anggota MPP yang dipilih melalui pilihan raya .
(b) Semasa di London, Tunku berjaya bertemu dengan ahli Parlimen Parti
Buruh British, Parti Konservatif dan Parti Liberal.
(c) Tunku membuat kenyataan tentang Hasrat mereka melalui akhbar
kepada rakyat British dan ahli Parlimen.
© Hak Cipta Zamri Talib/ cikgusejarah 2020 – SMK. Kemumin Kota Bharu, Kelantan. 0199497087

