Page 3 - BAB 1 KEDAULATAN NEGARA
P. 3

© Hak cipta Zamri bin Talib 2020/ SMK. Kemumin Kota Bharu HP  0199497087

                                Jenis Kedaulatan



                  1. Ia berbeza mengikut bentuk pemerintahan sesebuah negara
                  2. Setiap negara mempunyai hak untuk menentukan bentuk dan jenis

                      kedaulatan yang diamalkannya.
                  3. Terdapat beberapa jenis kedaulatan seperti :
                            a. Kedaulatan tradisional
                            b. Kedaulatan moden
                            c. Kedaulatan undang-undang

                            d. Kedaulatan antarabangsa


                    Kedaulatan Tradisional                                             Replika Istana Kesultanan

                                                                                            Melayu Melaka.



                 1. Ia merujuk sistem pemerintahan berkuasa mutlak  yang menguasai sepenuhnya urusan negara.

                 2. Kedaulatan tersebut wujud sejak tamadun awal manusia
                  3. Kedaulatan negara kita adalah berpaksi pada kedaulatan Raja-raja Melayu.
                 4. Ia terletak kepada kekuasaan dan kewibawaan raja.
                  5. Raja merupakan pemerintah yang mempunyai kuasa tertinggi.
                 6. Kedudukan dan kedaulatan raja diperkukuhkan oleh taat setia rakyat.


                           Kedaulatan Moden                                            Istana Negara di Kuala Lumpur





                  1. Ia dikaitkan dengan idea kemunculan negara bangsa selepas Revolusi Keagungan di England dan

                      Revolusi Perancis.

                  2. Ia juga dikaitkan dengan hak rakyat dan kerajaan berperlembagaan
                  3. Selepas Perang Dunia Pertama, kedaulatan dikaitkan dengan nasionalisme yang menggunakan unsur

                      persamaan rumpun bangsa dan Bahasa untuk membentuk negara bangsa masing-masing

                  4. Kedaulatan negara kita pula lahir hasil gabungan negeri yang dikenali sebagi Persekutuan Tanah Melayu

                      1957 dan Persekutuan Malaysia 1963


                     Kedaulatan Undang-Undang                                                  Istana Kehakiman di
                                                                                                    Putrajaya




                  1. Ia bermaksud kerajaan dan rakyat terikat oleh undang-undang yang perlu dipatuhi

                 2. Ia menjamin keadilan dalam kehidupan bermasyarakat serta menjadikan negara aman, stabil dan
                     makmur
                  3. Badan kehakiman yang bebas dan berwibawa diwujudkan untuk memelihara dan melaksanakan

                     kedaulatan undang-undang

                  4. Kedaulatan undang-undang menjadi prinsip keempat dalam Rukun Negara.
   1   2   3   4   5   6   7   8