Page 5 - BAB 2 : Perlembagaan Persekutuan
P. 5

© Hak cipta Zamri bin Talib 2020/ SMK. Kemumin Kota Bharu HP  0199497087

                2.3  Ciri-Ciri Utama Perlembagaan

                        Persekutuan


           1. Perlembagaan adalah peraturan tertinggi dan panduan dalam system

               pemerintahan negara.
           2.    Terdapat dua ciri utama perlembagan iaitu:
                     a. Ciri tradisional
                     b. Ciri Moden
              3. Ia bertujuan untuk kestabilan serta kemajuan negara.


            Ciri Tradisional

        1. Kesultanan Atau Pemerintahan Beraja

            1. Negeri Melayu telah diperintah oleh pemerintahan beraja sejak berabad.


            2. Sultan berkuasa mutlak dan pemerintah yang berdaulat ke atas negeri masing masing
            3. Pemerintahan beraja diteruskan selepas kita mencapai kemerdekaan dan disesuaikan dengan konsep

                Demokrasi Berparlimen.
            4.    Perlembagaan Malaysia memperuntukan kuasa kepada  Yang di-Pertuan Agong sebagai pemerintah tertinggi

                Negara


            5. Yang di-Pertuang Agong mempunyai kuasa mengampun dan menangguhakan hukuman orang yang bersalah
                oleh Mahkamah.

            6. Beliau juga berkuasa membuat perlantikan bagi jawatan utama negara.
            7.   Peringkat Negeri diketua oleh raja yang mempunyai kuasa eksekutif melalui nasihat majlis Mesyuarat Negeri.

            8. Raja mempunyai kuasa mengampun dan menangguhkan hukuman pesalah di mahkamahdan perlantikan
                 jawatan utama negeri
            9. Raja merupakan tonggak kehormatan dan keadilan dan baginda boleh mengurniakan anugerah,

                penghormatan dan bintang kehormat kepada individu yang terpilih.

                         2. Agama Islam

                         1. Semasa zaman British, raja melayu tidak perlu menerima nasihat daripada penasihat British
          Ciri              berkaitan dengan hak dan kedaulatan raja, adat istiadat orang Medlayu dan agama islam

                         2. Selepas merdeka – agama islam dinegeri Melayu terletak dibawah kuasa raja di negeri
     Tradisional            masing-masing.

                         3. Yang di-Pertuanhg Agong merupakan ketua agama islam bagi Wilayah Persekutuan dan negeri
                            yang tiada raja.


                     3. Bahas Melayu
                     1. Zaman Kesultanan Melayu Melaka – Bahasa Melayu digunakan dalam pemerintahan

                     2. Merupakan Bahasa lingua franca dan berperanan sebagai Bahasa ilmu
                     3. Bahasa Melayu menjadi kebangsaan dan Bahasa rasmi negara kita


             4. Kedudukan Orang Melayu dan Bumiputra

             1. Sebelum Merdeka – Kedudukan orang Melayu dan bumiputra adalah di bawah kuasa raja dan ketua
                 peribumi

             2. Selepas merdeka – Yang di-Pertuang Agong memelihara kedudukan istimewa orang  Melayu dan
                 bumiputra Sarawak serta Sabah dan kepentingan kaum lain
   1   2   3   4   5   6   7   8   9