Page 1 - Bab 10 : Permasyuharan Kemerdekaan Negara
P. 1

Bab                    PEMASYHURAN KEMERDEKAAN

                       10




               10.1   PENGERTIAN KEMERDEKAAN



               1      Kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957 ( bersamaan 5 Safar 1377 Hijrah ) adalah
                      peristiwa yang penuh pengertian bagi negara kita .

               (a)    Kemerdekaan bererti negara kita bebas daripada cengkaman kuasa asing.

               (b)    Kemerdekaan membolehkan kita bebas menentukan pemerintahan dan hala tuju
                      negara .

               2      Takrif kemerdekaan :

               (a)    Menurut Kamus Dewan, kemerdekaan ialah kebebasan daripada penjajahan,          kurungan
                      atau naungan.

               (b)    Negara merdeka merujuk kepada negara berdaulat yang mempunyai kuasa tertinggi.

               3      Beberapa orang tokoh telah memberikan takrif kemerdekaan.





                                      Sayyid Jamal al-Din al-Afghani , tokoh gerakan Pan-Islamimsme di
                                      Mesir

                                      Perjuangan bagi menghadapi penjajah hendaklah disertai semangat

                                      kebangsaan ( jinsiyyah ) dan cinta akan tanah air yang merdeka (
                                      wataniyyah ) .

                                      Rakyat perlu membebaskan diri daripada pencerobohan pihak luar dengan
                                      Bersatu padu bagi mempertahankan maruah diri, bangsa , agama dan

                                      negara.


                                       Rashid Rida , tokoh gerakan Pan-Islamisme di Mesir

                                       Kedaulatan dan kekuatan sesebuah negara adalah untuk membebaskan
                                       diri daripada penjajah Barat.
                                       Kedaulatan sesebuah negara adalah dengan menghidupkan sistem
                                       khalifah dan menghapuskan ikatan perkauman.















               © Hak Cipta Zamri bin Talib/ SMK. Kemumin Kota Bharu/ cikgusejarah.blogspot.com 0199497087
   1   2   3   4   5   6