Page 3 - Bab 5 : Persekutuan Tanah Melayu 1948
P. 3

© Hak cipta Zamri bin Talib 2020/ SMK. Kemumin Kota Bharu HP  0199497087



                 SUMBANGAN NASIONALIS MELAYU RADIKAL



          Sejak penghujung tahun 1930-an, golongan nasionalis Melayu radikal telah
                 melaungkan perjuangan kemerdekaan.

          2      Matlamat perjuangan mereka ialah :

                 •  Membebaskan tanah air daripada penjajahan
                 •  Menyatukan seluruh Tanah Melayu
                  •  Tidak berkompromi dengan penjajah untuk mencapai
                    kemerdekaan

          3       Golongan ini turut memperjuangkan :

                  •  Hak bagi semua kaum dalam sebuah negara
                  •  Kebebasan hak bersuara , berhimpun dan menerbitkan akhbar.
                  •  Pembelaan terhadap ketidakadilan

          4       Ahmad Boestamam menerbitkan akhbar Suara Rakyat sebagai
                  wadah untuk membuka minda rakyat ke arah idea kebebasan dan
                  kemerdekaan.

          5       Fahaman kebangsaan yang diperjuangkan oleh golongan ini mudah
                  diterima oleh sesetengah rakyat .

                  •  PKMM berjaya menubuhkan cawangannyan di seluruh negeri
                    Perak, Hulu Langat, Selangor dan Temerloh , Pahang.
                  •  Jumlah keahlian PKMM dianggarkan melebihi 53 ribu orang pada
                    bulan Julai 1947.


          6       Pejuang golongan ini digelar tokoh politik nasional kerana mereka
                  melangkaui jarak sempadan dan kenegerian dalam perjuangan
                  mereka.

               1
            GABUNGAN PUTERA-AMCJA


            1      Golongan bukan Melayu menubuhkan All Malaya Council of Joint Action ( AMCJA ) yang

                   dipengerusikan oleh Tan Cheng Lock.
            2      AMCJA terdiri daripada :

                   •   Pan-Malayan Federation of Trade Union ( PMFTU ) yang setiausahanya Chan Loo.


                   •   Malayan Democratic Union ( MDU ) yang dipengerusikan oleh John Eber
                   •   Malayan Indian Congress ( MIC ) yang diketuai oleh John Thivy

            3      AMCJA menganggap British tunduk kepada tuntutan UMNO dan beranggapan penubuhan

                   Jawatankuasa Kerja tidak demokratik.

            4      Mereka membantah dan menolak Perjanjian Persekutuan keraja Jawatankuasa   Kerja tidak

                   mempunyai wakil bukan Melayu.

            5      AMCJA kemudian bergabung dengan PUTERA .

            6      Gabungan PUTERA-AMCJA menganggap Perlembagaan Persekutuan tidak                demokratik,
                   mengukuhkan kuasa British serta bersifat perkauman.

            7      PUTERA-AMCJA menentang cadangan perlembagaan persekutuan secara terbuka apabila
                   Jawatankuasa Kerja mengemukakan perlembagaan pada bulan Julai 1947 untuk disemak.
   1   2   3   4   5   6   7   8