Page 27 - PROGRAM DLP
P. 27

CREATING EXCELLENCE TOGETHER






                                             Apa Itu Program DLP?






               DLP (Dual Language Programme) adalah satu program pengukuhan Bahasa


               Inggeris, di mana sekolah diberi peluang menawarkan pengajaran dan


               pembelajaran subjek Sains, Matematik, Teknologi Maklumat dan Komunikasi


               serta Reka Bentuk dan Teknologi dalam dua bahasa, iaitu Bahasa Melayu atau


               Bahasa Inggeris. Pilihan kepada sekolah berdasarkan kepada permintaan ibu bapa


               dan Pengetua serta kesediaan sekolah melaksanakannya. Antara syarat yang


               dikenakan bagi sekolah terpilih adalah tahap Bahasa Melayu berada pada tahap


               yang baik dari segi pelaksanaan dan pencapaian, selain daripada mempunyai


               sumber yang mencukupi seperti kesediaan guru-guru untuk mengajar dalam


               dwibahasa       dan    sokongan      ibu    bapa.     Program      ini   selaras    dengan


               objektif meningkatkan kualiti Pengajaran dan Pembelajaran subjek Sains,


               Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dan juga memberi peluang


               kepada sekolah dan ibu bapa untuk bersama-sama membuat keputusan secara


               kolektif. Sekolah yang terpilih boleh menawarkan DLP kepada murid Tahun 1,


               Tahun 4 dan Tingkatan 1 bermula pada tahun 2017. Buat permulaan, program ini


               ditawarkan kepada sekolah kebangsaan (SK) dan Sekolah Menengah Kebangsaan


               (SMK).













              SMK ST THOMAS
   22   23   24   25   26   27   28   29   30