Page 13 - BUKU PROGRAM MESYUARAT AGUNG PIBG SK BANANG JAYA
P. 13
diadakan pada masa akan datang.
5.4 Penanaman serai di kawasan sekolah bagi menambah sumber pendapatan PIBG.
Diusahakan oleh murid dan dikawal selia oleh guru, manakala ibu bapa / penjaga
dicadangkan untuk menyumbangkan benih serai bagi tujuan tersebut. (En Ismail b.
Abdul Majid).
-Guru besar menyatakan persetujuan atas usul tersebut sekirannya ada komitmen
yang baik daripada ibu bapa/ penjaga.
5.5 Meninggikan laluan hadapan pagar supaya tidak menjadi tempat takungan air.
-Guru besar menyatakan di mana untuk tujuan tersebut ianya melibatkan kos yang
agak tinggi di mana kewangan sekolah tidak dapat menampungnya. Pihak sekolah
juga sedang berusaha untuk mendapatkan bantuan daripada Yang Berhormat untuk
memperbaiki syiling dewan.
5.6 Disiplin murid dapat ditingkatkan di sekolah.
-Guru besar memberitahu adalah menjadi tanggungjawab guru untuk memantau
disiplin murid di sekolah.
5.7 Memastikan murid hadir ke sekolah tepat pada waktunya.
-Guru besar menegaskan bahawa adalah tugas dan tanggungjawab ibu bapa / penjaga
untuk memastikan anak hadir tepat pada waktunya.
Tindakan: Makluman
6 HAL-HAL LAIN
6.1 Pn. Siti Zubaidah mencadangkan tabung derma untuk PIBG diwujudkan dan
mencadangkan RM1 disumbangkan setiap minggu bagi setiap keluarga
6.2 En. Ahmad Samsudin b. Salleh mencadangkan agar laluan masuk murid ke
sekolah diratakan.
6.3 En. Hujaili b. Husaini bertanyakan tentang samada kelab teakwando ada
memberikan sumbangan atau tidak kepada pihk sekolah. Guru besar menyatakan
bahawa sumbangan tersebut diserahkan kepada tabung kokurikulum sekolah.
6.4 Guru besar menyatakan bahawa program gotong - royong sekolah yang lalu kurang
mendapat sambutan daripada ibu bapa / penjaga.
6.5 Guru besar mencadangkan untuk mengecat semula tangga sekolah bagi
membolehkan warga sekolah melihat dengan lebih jelas tangga tersebut berhubung
dengan kes kemalangan murid yang tergelincir di tangga sekolah.
6.6 Guru besar mensasarkan gotong-royong seterusnya akan melibatkan pihak
bomba, tentera, majlis daerah dan ibu bapa.

