Page 13 - BUKU SKRAP SEJARAH TAHUN 5
P. 13
TOK LIMBONG
• Tokk Limbong juga terkenal sebagai seorang ulama dan pendakwah yang
dihormati, ahli perniagaan dan pengusaha yang berjaya dan seorang petani yang
gigih. Pembabitan Tok Limbong dalam penentangan terhadap penjajah bermula
apabila beberapa peraturan berhubung pemungutan hasil mahsul tanah dan hutan
dikuatkuasakan oleh Sultan Terengganu di bawah tekanan Inggeris di Hulu
Terengganu, Kuala Nerus dan Dungun. Pada tahun 1922, Haji Abdul Rahman
Limbong telah bertindak sebagai peguam untuk membela petani di Kuala
Telemong yang ditangkap kerana menentang peraturan baharu itu. Mereka telah
membersihkan tanah tanpa mengambil pas kebenaran. Pihak British telah
mengancam akan mengambil tindakan ke atas mereka yang enggan membayar
cukai.Ancaman British untuk mengambil tindakan undang-undang menyebabkan
para petani telah menduduki balai polis dan banguanan kerajaan di Kuala Berang.
Pihak British telah melancarkan serangan dan Haji Abdul Rahman telah ditangkap.
Beliau dijatuh hukuman di buang negeri di Mekah.
12

