Page 19 - BULETIN MAGAZINE baru
P. 19
Kolaj Jabatan Rekabentuk
Komunikasi dan Visual
TECHNOLOGY AND CREATIVE
INNOVATION DISCOVERY
(TECHCREAVERY) 2019
ANJURAN: BAHAGIAN PEMBANGUNAN
KURIKULUM, JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK
DENGAN KERJASAMA POLITEKNIK TUANKU
SYED SIRAJUDIN.
Politeknik Muadzam Shah telah
menghantar seramai 23 orang pelajar
ke program Technology And Creative
Innovation Discovery (Techcreavery)
2019 [Techcreavery Workshop] yang telah
berlangsung di Politeknik Tuanku Syed Sirajudin
pada 26 hingga 28 Jun 2019. Ini adalah salah
satu platform dimana pelajar-pelajar JRKV dapat
mengaplikasikan pembelajaran mereka dimana ianya
adalah satu pertandingan yang melibatkan program-program
di JRKV.
Tujuan program ini dijalankan bagi memperkasakan projek akhir
pelajar, khususnya bidang teknologi maklumat, dalam menghasilkan
produk yang berkualiti dan mempunyai nilai inovasi yang tinggi, mengikut
acuan dan kehendak industri semasa.
Selain itu, program ini bertujuan untuk memberi ilmu dan pendedahan kepada
pelajar-pelajar JRKV dalam pertandingan dan pameran serta mengetengahkan
bakat-bakat kreativiti pelajar diarena industri kreatif di luar.
BULETIN JRKV 16

