Page 10 - [SKAMIS MIRI] Eviden Tindakan Pengurusan Kokurikulum 2021
P. 10
Eviden Tindakan Pengurusan Kokurikulum
Maklum Balas Laporan Pemantauan Pembukaan Sekolah
SK Agama (MIS) Miri 2021
Tugas :
1.Memperkenalkan ilmu yang boleh diperolehi melalui aktiviti kokurikulum.
2.Membentuk sahsiah, kesedaran diri dan mematuhi peraturan berkomuniti sebagai asas
pembentukan generasi akan datang yang berakhlak dan berpekerti mulia.
3.Mencungkil dan memupuk bakat dan potensi individu.
4.Meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan fizikal dan mental.
5.Menggunakan masa lapang dengan berfaedah dan bermakna.
6.Interaksi sosial yang bermakna dan memupuk persahabatan yang akrab.
7.Memperkembangkan kemahiran-kemahiran asas.
8.Pencapaian kecemerlangan kokurikulum sekolah dalam Sukan Permainan, Badan Beruniform dan
Kelab / Persatuan.
9.Memupuk nilai kepimpinan di kalangan pelajar.
10.Membuat anggaran perbelanjaan dan menentukan peruntukan kewangan yang akan
digunakan.
11.Menilai aktiviti kokurikulum dan membuat laporan tahunan.
12.Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada guru dan pelajar yang telah menunjukkan
prestasi cemerlang dalam bidang masing-masing.
Ada dua jenis mesyuarat jawatankuasa ini iaitu mesyuarat sidang penuh dan mesyuarat
penilaian. Kekerapan kedua-dua mesyuarat ini adalah terpulang kepada keperluan dan budi bicara guru
besar.
Mesyuarat sidang penuh ialah mesyuarat yang diadakan bagi membentangkan dan
membincangakan cadangan tambahan dan pindaan kepada peraturan yang dengan kebajikan pelajar-
pelajar. Semua Ahli Jawatankuasa dikehendaki hadir.
Mesyuarat siding penilaian ialah mesyuarat yang diadakan dari semasa ke semasa mengikut
keperluan tententu untuk menilai perkembangan dan prestasi murid dalam bidang kokurikulum. Dalam
semua mesyuarat sidang kes Ahli Jawatankuasa dikehendaki hadir.

