Page 5 - ENSEMBEL GONG BESAR
P. 5
FUNGSI MUZIK
Fungsi asalnya adalah sebagai alat komunikasi menghantar berita
antara satu rumah panjang dengan satu rumah panjang yang lain.
Selain itu, ensembel ini juga digunakan untuk mengiringi tarian dan
pelbagai upacara ritual seperti upacara pengkebumian atau acara
keagamaan.
Kini, ensembel ini dipersembahkan bagi tujuan sosial atau hiburan di
pesta-pesta kebudayaan seperti Hari Gawai.

