Page 20 - MODUL_PELAKSANAAN_ORIENTASI_PEMUGARAN_EMOSI_MURID_KEBIASAAN_BAHARU
P. 20
NOTA GURU :-
Amalan Mencuci Tangan
Amalan mencuci tangan dengan sabun perlu dijadikan amalan seharian, bukan hanya untuk
mencegah penularan COVID-19 semata-mata, amalan mencuci tangan ini juga untuk kesihatan
semua (dan menghindarkan) mana-mana penyakit lain juga. Menurut Pakar Perubatan Kesihatan
Awam, jika seseorang berada di luar rumah, mereka perlu mencuci tangan sekerap mungkin
terutama apabila menyentuh sebarang permukaan.
Jika di rumah pula, kita dinasihatkan mencuci tangan selepas selesai melakukan aktiviti dalam
rumah seperti memasak atau memegang permukaan yang kotor dan disyaki ada kuman. Seperti
sebelum makan, selepas makan, ketika menyediakan makanan, keluar dari tandas, itu perkara
rutin yang perlu diperkukuhkan. Pakar Perubatan Kesihatan Awam juga lebih menggalakkan
amalan mencuci tangan dengan menggunakan sabun berbanding penggunaan bahan nyah
kuman, sekiranya orang awam ada akses kepada air dan sabun. Apa juga jenis sabun boleh
digunakan untuk tujuan itu dan langkah atau cara mencuci tangan boleh dirujuk kepada laman
sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) seperti yang akan dibincangkan.
1. BILAKAH PERLU MENCUCI TANGAN?
Tangan anda mungkin kelihatan bersih, tetapi ini tidak bermakna ianya bersih. Basuh tangan
dengan betul dan sempurna dengan air dan sabun:
a. Sebelum dan selepas mengendalikan makanan
b. Selepas menggunakan tandas
c. Selepas mengendalikan sisa makanan
d. Selepas menghembus hingus
e. Selepas mengendalikan bahan yang beracun dan merbahaya
Basuh dengan sabun untuk membersihkan tangan dari kuman dan kotoran.
2. BAGAIMANA UNTUK MEMBASUH TANGAN DENGAN BETUL?
Terdapat tujuh langkah yang perlu diikuti untuk membasuh tangan dengan betul:
1. Basuh tangan dengan sabun dan air yang bersih secukupnya
2. Gosok tapak tangan
3. Gosok setiap jari dan celah-celah jari
4. Gosok kuku pada tapak tangan
5. Gosok belakang tangan
6. Bilas dengan air bersih yang mencukupi dengan sempurna
7. Keringkan tangan dengan tuala yang kering dan bersih atau alat pengering tangan

