Page 3 - tmp
P. 3

Perancangan Sekolah 2020

















                                          Assalamualaikum Warahmatullahi Wabaratuh.

               Bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah dan kurniaNya kita masih lagi diberi peluang untuk menjalankan kehidupan
               seharian di atas muka bumi Allah S.W.T dan dengan izinnya dapat kita meneruskan tanggungjawab kita sebagai

               khalifahnya’.

               Sebelum melangkah lebih jauh lagi , ingin saya merakamkan sekalung tahniah dan syabas kepada seluruh warga

               pendidik SK Kota Kuala Muda atas kerjasama untuk menjayakan  dan menyempurnakan Buku Perancangan Tahunan
               Dan Takwim Aktiviti Sekolah bagi sesi persekolahan 2020.


               Saya berharap buku ini dijadikan panduan dan rujukan warga SK Kota Kuala Muda dalam melaksanakan tadbir urus
               sekolah, tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dengan baik. Saya yakin semangat sepasukan, amanah dan

               ikhlas menjadi tunjang bagi menjana kecemerlangan  sekolah.

               Sekali lagi , saya menyeru kepada semua warga pendidik  agar melestarikan kecemerlangan pendidikan yang telah

               dicapai dan terus berjuang serta berkorban bagi mencipta pelbagai kejayaan pada tahun 2020 dan di masa depan
               untuk agama, bangsa dan Negara.


               Mantapkanlah  permuafakatan,  perpaduan,  iklim  kerja  pendidikan  dan  akur  setia  kepada  kepimpinan  pendidikan
               Negara.  Marilah  kita  mengangkat  tinggi  kecemerlangan  akademik,  kokurikulum,pembangunan  sahsiah  dan

               kesejahteraan diri pelajar serta kemenjadian insan untuk kita terus menggapai kejayaan yang mampu melonjakkan
               nama sekolah .  Sekian, terima kasih.





               ……………………………………………..
               (MD ROSIDI BIN SAAD)
                Guru Besar
                SK Kota Kuala Muda.

               SK KOTA KUALA MUDA                                                                      Page i
   1   2   3   4   5   6   7   8