Page 51 - tmp
P. 51
Perancangan Sekolah 2020
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
➢ Semua guru bertugas di kehendaki hadir pada atau sebelum pukul 7:00 pagi sepanjang
minggu bertugas.
➢ Guru perhimpunan bertugas memastikan murid berkumpul di tapak perhimpunan bagi
pengumuman harian dan mencatat laporan dalam buku laporan guru bertugas.
➢ Guru Penyayang mesti berada di pagar sekolah untuk menyambut kehadiran murid dan
menulis laporan.
➢ Guru RMT memastikan murid RMT makan mengikut menu yang ditetapkan , menulis
laporan dengan lengkap dan mencatat kehadiran.
➢ Guru Kantin memastikan murid berada di dalam keadaan terkawal di kantin sewaktu rehat.
➢ Guru bertugas bertanggungjawab atas segala kes kemalangan atau kecemasan pada
minggu bertugas.
➢ Guru bertugas mesti memastikan kelengkapan/peralatan perhimpunan rasmi pada hari
Ahad disediakan dan disimpan kembali.
➢ Semua buku laporan (Perhimpunan, RMT dan Penyayang) mesti dihantar kepada PKHEM
pada hari Khamis minggu yang sama sebelum pukul 1:00 tengahari.
SK KOTA KUALA MUDA 37

