Page 47 - Buku Panduan Pelajar KKTM Petaling Jaya Edisi 2020
P. 47
Buku Panduan Pelajar Edisi 2020
Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya
4.0 P E R A T U R A N D A N T A T A T E R T I B
KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA PETALING JAYA
➢ Semua pelajar adalah terikat dengan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan
merangkumi peraturan akademik, asrama, disiplin dan mana-mana peraturan yang
dikuatkuasakan oleh pihak pengurusan dari masa ke semasa. Peraturan-peraturan ini
hendaklah dipatuhi oleh semua pelajar di sepanjang tempoh pengajian.
➢ Tindakan tatatertib boleh diambil terhadap mana-mana pelajar yang melanggar
peraturan-peraturan tersebut.
➢ Hukuman yang dikenakan ke atas kesalahan yang dilakukan adalah berdasarkan
kepada kategori kesalahan seperti berikut.
4.1 Hukuman Kategori I (Kesalahan Berat)
BIL. KESALAHAN HUKUMAN
1. Melakukan zina, homoseksual atau lesbian Buang Latihan dan
dikenakan bayaran gantirugi
2. Melakukan khalwat atau berdua-duaan Buang Latihan dan
dikenakan bayaran gantirugi
3. Mencabul atau cuba mencabul kehormatan atau Buang Latihan dan
melakukan gangguan seksual terhadap orang lain dikenakan bayaran gantirugi
4. Merogol atau melakukan paksaan seksual terhadap Buang Latihan dan
orang lain dikenakan bayaran gantirugi
5. Menggunakan kekerasan dengan senjata Buang Latihan dan
berbahaya bertujuan mengugut atau mengancam dikenakan bayaran gantirugi
nyawa orang lain atau dengan sengaja
mengakibatkan kecederaan serius ke atas Pelajar
atau individu lain
6. Memiliki, menyimpan, membawa atau mengguna Buang Latihan dan
senjata berbahaya atau bahan letupan yang dikenakan bayaran gantirugi
diharamkan oleh kerajaan
7. Didapati memiliki, menyimpan, memberi atau Buang Latihan dan
mengedar apa-apa jenis bahan dadah atau bahan dikenakan bayaran gantirugi
kimia atau racun yang mengkhayalkan dan
berbahaya kepada nyawa yang dilarang oleh
kerajaan
37

