Page 2 - MAJLIS APRESIASI KECEMERLANGAN TAHUN 2021
P. 2
1. PENGENALAN
Majlis Apresiasi kecemerlangan adalah Majlis yang
diadakan untuk menghargai murid-murid yang
cemerlang dalam pelbagai bidang di sekolah ini.
Kecemerlangan murid mencerminkan perkembangan
serta kemajuan sekolah. Majlis Apresiasi kecemerlangan
ini juga akan dijadikan acara tahunan bagi sekolah. Di
samping itu juga Majlis Apresiasi ini juga mencakupi
Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu dari segi Jasmani,
Emosi, Rohani, Intelek serta Sosial. Di samping itu juga
majlis ini dapat mengeratkan hubungan antara warga
sekolah, PIBG, ibu bapa dan masyarakat luar.
1. MATLAMAT
1. Memberi penghargaan kepada murid-murid yang
cemerlang dan berpotensi dalam bidang akademik,
kokurikulum dan kepimpinan.
2. Memupuk emosi murid-murid agar berazam ingin
maju. Mengejar cita-cita dan mencipta kejayaan
dan setanding dengan kejayaan orang lain.
3. Membantu membina budaya sekolah cemerlang
dengan aktiviti yang bersifat positif.
4. Mengembangkan bakat murid dari segi kepimpinan,
keyakinan terhadap diri sendiri, menjadi individu
yang berpengetahuan, berkebolehan dan
berkemahiran.
5. Mengeratkan hubungan antara warga sekolah
dengan ibu bapa serta mereka yang berkaitan
dangan sekolah.
6. Membina dan memupuk semangat disiplin yang
tinggi di kalangan murid serta berketrampilan dalam
menentukan kejayaan mereka.

