Page 5 - BUKU PENGURUSAN 2021
P. 5
SMK SEKSYEN 1 BNANDAR KINRARA
BUKU MANUAL PENGURUSAN & TAKWIM 2021
PIAGAM PELANGGAN
Bahawasanya kami warga sekolah berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada
pelanggan kami seperti berikut:
Murid:
• Membentuk pelajar yang berilmu, berdaya saing dan bersahsiah tinggi. Memastikan semua murid
menerima PdPc mengikut masa, kuantiti dan kualiti yang diperuntukkan oleh Kementerian
Pendidikan
• Mewujudkan persekitaran sekolah yang sihat, bersih, selamat dan menyeronokkan.
• Memastikan kualiti pengajaran dan pembelajaran sentiasa dipertingkatkan selaras dengan
perkembangan semasa.
• Memupuk semangat perpaduan, kerjasama, jati diri dan toleransi dalam kalangan warga sekolah
• Mewujudkan warga penyayang dan saling hormat-menghormati dalam kalangan warga sekolah, ibu
bapa dan masyarakat.
Waris
• Setiap waris murid yang berurusan dengan sekolah akan dilayan secara adil dan mesra
• Setiap aduan akan disiasat dan maklum balas akan diberi dalam tempoh 3 hari bekerja.
• Setiap cadangan/usul yang baik dan munasabah akan dipertimbangkan oleh pihak sekolah.
Badan Kerajaan dan Badan Bukan Kerajaan
• Sentiasa bersedia untuk memberikan kerjasama demi kepentingan bersama.
• Menjalinkan hubungan dua hala berteraskan konsep menang-menang
• Sentiasa bersedia untuk bertukar-tukar maklumat ke arah memantapkan dunia pendidikan sejagat
Kementerian Pendidikan /Jabatan Pendidikan Selangor/Pejabat Pendidikan Daerah petaling
Perdana
• Memastikan setiap arahan dan permohonan pihak Kementerian Pendidikan diambil tindakan selewat-
lewatnya sehari selepas surat/arahan diterima.
POLISI SEKOLAH
• Sentiasa mengambil kira pencapaian visi dan misi sekolah sebagai panduan dalam pelaksanaan
tugas
• Sentiasa memelihara dan mempertingkatkan imej dan maruah sekolah
• Mengamalkan budaya kerja secara berpasukan, kolaboratif, cekap, ikhlas dan bersistematik
• Sentiasa memimpin diri sebelum memimpin yang lain
• Ketulusan, ketelusan dan keterbukaan menjadi amalan dalam perkhidmatan
• Sentiasa menuju ke arah penambahbaikan ilmu dan kemahiran yang berterusan
• Kepatuhan, kesungguhan dan ketelitian tinggi dalam memastikan kejayaan organisasi
• Mengamalkan perkhidmatan penyayang
• Mengutamakan kepentingan organisasi daripada diri sendiri
• Menganggap kerja adalah sebahagian daripada ibadah dan melaksanakannya dengan penuh
tanggungjawab
2

