Page 2 - E-Panduan - Amalan harian, Doa dan Panduan Semasa COVID 19 Menurut Islam - FINAL
P. 2
PENDAHULUAN
Dunia secara keseluruhannya sedang dilanda dengan suatu wabak pandemik
COVID-19 yang telah meninggalkan kesan yang begitu mendalam. Bahkan juga ia
turut mengubah segala bentuk rutin kehidupan seharian manusia khususnya di negara
kita Malaysia dan memaksa setiap orang untuk sentiasa berada di rumah bagi
mengelakkan wabak ini daripada terus menular.
Kehidupan harian seorang insan bermula sejak dari celik mata bangun sahaja
dari tidur sehinggallah mata terpejam kembali. Seluruh rakyat khususnya yang
beragama Islam diseru agar banyak muhasabah diri dan meningkatkan lagi tahap
kesabaran ketika negara dan dunia sedang diuji dengan penularan wabak pandemik
COVID-19.
Oleh yang demikian, masa terluang yang ada sepanjang tempoh Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP) ini hendaklah diisi dengan program dan aktiviti yang
bermanfaat atau apa sahaja yang boleh menghiburkan diri anda semua. Apa yang
dihidangkan di dalam E-Panduan : Amalan Harian, Doa dan Panduan Semasa Covid-
19 ini merupakan sebahagian di antara cara panduan hidup dan doa yang boleh
diamalkan dan diaplikasikan ke dalam kehidupan seharian kita. Semoga ianya dapat
memberi manfaat kepada seluruh warga UniMAP khususnya.
Ikhlas daripada :
Pusat Islam dan Pembangunan Insan (INSAN)
UniMAP

