Page 72 - PowerPoint Presentation
P. 72

1.6               1.6.2           MENGGUNAKAN SUBATUR CARA DAN MEMAHAMI
                                            KONSEP MENGHANTAR  PARAMETER  KE SUBATUR
                                                     CARA DAN MENGEMBALIKAN DATA












         •    Semua subatur cara akan mengembalikan kawalan kepada pemanggil.
         •    Sesetengah subatur cara bukan sahaja mengembalikan kawalan tetapi

              juga data.

         •    Bagi yang memulangkan kawalan sahaja, kata kunci void digunakan.

         •    Sekiranya subatur cara mengembalikan data, baris akhir dalam badan
              subatur cara mempunyai pernyataan return dan data yang ingin

              dipulangkan kepada pemanggil.
         •    Nama subatur cara tidak mempunyai void sebagai jenis data pulangan.

              Sebaliknya, jenis data yang bersesuaian dengan data dipulang diisytihar
              dalam sintaks.

         •    Data boleh dipulangkan sebagai hasil ungkapan, nilai dalam pemboleh
              ubah, nilai pemalar ataupun nilai data itu sendiri.

         •    Setiap subatur cara cuma boleh mengembalikan satu jenis data sahaja.

         •    Nama subatur cara yang memulangkan data biasanya diberikan prefix

              get. Contoh : getNama, getAlamat, getTelefon.



                                                                               MODUL
                                                                             Subatur cara 1

                                                                               MODUL
                     MODUL UTAMA
                                                                             Subatur cara 2
                         main ()
                                                                                MODUL
                                                                             Subatur cara 3


        DEFINISI SUBATUR CARA                                      PENJELASAN


        static void subAturcara ( )  { }     Tidak memulangkan data. Cuma kawalan dipulangkan.


         static int subAturcara ( )  { }     Memulangkan data jenis integer.

       static double subAturcara ( )  { }    Memulangkan data jenis double.


        static string subAturcara ( )  { }   Memulangkan data jenis string.                       72
   67   68   69   70   71   72   73   74   75   76   77