Page 39 - PADANG CERITA IPDPD
P. 39
TRAVELOG WARGA
MUSIM SEJUK DI NEGARA KOREA
Oleh: Nurul Jannah binti Abdul Rahin
Itinerari Pilihan
Assalammualaikum dan salam sejahtera,
Pengalaman saya sewaktu melancong ke Korea Selatan pada musim sejuk adalah satu perkara yang
tidak dapat saya lupakan. Untuk pengetahuan anda, Korea Selatan adalah antara negara yang
rakyat Malaysia tidak perlu mohon visa untuk masuk ke negara tersebut, hanya perlu bawa passport
jer. Saya ke sana bersama 3 orang lagi kawan, jadi jumlah 4 orang kesemuanya. Kami bercuti selama
12 hari dan sepanjang percutian kami di sana kami tidak menggunakan khidmat agensi pelancongan.
Semuanya kami rancang sendiri dari penerbangan, penginapan, pengangkutan , tempat-tempat
menarik dan sebaginya. Sebelum itu kami dah cuba bertanya dengan banyak jenis agensi pelan-
congan di sana, tapi cas yang dikenakan sangat mahal dan anda juga akan terikat dengan jadual
mereka. Jadi, plan sendiri lebih flexible. So kali ini bukan nak share ‘itinerary’ sangat tetapi lebih
kepada tips jika hendak melancong ke sana.
Pertama, pastikan waktu anda merancang untuk pergi itu samada semasa ‘peak season’ atau tidak.
Pilih musim yang teringin nak rasa at least tidak menyesal nanti. Jangan lupa semak juga kalendar
takut tetiba book flight masa Hari Raya. Hehe. Untuk yang pertama kali, 4 hingga 5 hari tu dah me-
madai. Sebab itu pun dah cukup untuk jelajah seluruh Korea. Kami amik masa yang lama sebab nak
jelajah Busan & Seoul dan ada banyak tempat yang ada dalam wishlist.
34

