Page 52 - BUKU PENGURUSAN SKTSJAJ 2021
P. 52

Buku Pengurusan 2021
                                                                                          SK Tuan Syed Jan Al-Jaffri


                                      TANGGUNGJAWAB GURU BERTUGAS


            1.  Bertugas mulai hari Ahad hingga Sabtu (jika hari persekolahan) mengikut jadual.
            2.  Tiba di sekolah setengah jam lebih awal dan balik setengah jam selepas tamat waktu persekolahan.

            3.  Mengelolakan perhimpunan rasmi (hari Ahad atau hari-hari upacara) dan perhimpunan harian serta
               menyampaikan pengumuman, termasuk pengawasan disiplin murid dan penyediaan alat pembesar suara.

            4.  Bertanggungjawab memantau dan membuat laporan Rancangan Makanan Tambahan (RMT).
            5.  Bertanggungjawab ke atas kebersihan kawasan sekolah (dalam dan diluar bilik darjah). Guru-guru

               bertugas boleh meminta pekerja sekolah , jika terdapat kekotoran berat yang perlu tindakan segera.
            6.  Bertanggungjawab terhadap murid yang kemalangan/kecederaan. Tindakan yang sewajarnya hendaklah

               diambil segera. Jika keadaan murid itu kritikal dan perlu rawatan segera di klinik atau hospital atau perlu
               dihantar balik ke rumah, guru bertugas hendaklah mendapat kebenaran Guru Besar atau Penolong Kanan

               untuk tindakan selanjutnya.
            7.  Bertanggungjawab ke atas keselamatan dan disiplin murid di dalam kawasan sekolah serta ketika murid-

               murid hadir ke sekolah serta waktu balik. Murid-murid yang melintas jalanraya, perlulah diberikan
               kawalan dan selamat. Guru-guru bertugas boleh meminta bantuan pekerja sekolah, terutama pada waktu

               balik.
            8.  Memastikan seluruh kawasan sekolah sentiasa selamat daripada anasir luar. Pintu pagar utama dan

               mana-mana pintu masuk hendaklah sentiasa ditutup ketika persekolahan sedang berjalan.
            9.  Guru bertugas hendaklah sentiasa peka dengan apa yang berlaku di sekolah.semua pelawat hendaklah

               dicatat nama dan tujuan kehadiran mereka di dalam buku pelawat serta buku Laporan Guru Bertugas.

            10.  Guru bertugas juga hendaklah memastikan semua murid dan keluarga sekolah berada di tempat yang
               selamat sekiranya berlaku sebarang kecemasan.
            11.  Menguruskan hal-hal yang bersabit dengan kehilangan serta barang-barang yang dijumpai.

            12.  Membantu guru pengawas dan disiplin, memastikan pengawas-pengawas sekolah menjalankan tugas

               dengan baik.
            13.  Menulis laporan perjalanan sekolah pada setiap hari sepanjang masa bertugas di dalam buku Laporan
               Guru Bertugas dan menyerahkan ke meja PK 1 sebelum meninggalkan sekolah setiap hari. Laporan

               hendaklah ditulis selepas tamat waktu persekolahan atau selepas aktiviti Kokurikulum (bagi hari

               kokurikulum) sebelum meninggalkan sekolah. Laporan yang ditulis lebih awal atau sebelum sekolah
               berakhir adalah laporan yang tidak sah dan kemas kini.

            14.  Sentiasa membantu Guru Besar / Penolong Kanan dalam semua hal untuk memastikan perjalanan sekolah
               teratur untuk setiap hari dan minggu.





                                                                                                               52
   47   48   49   50   51   52   53   54   55   56   57