Page 18 - TEKNIK KETUK
P. 18
MENGUJI KERATAN PERMUKAAN
➢ Setelah berpuashati dengan pengecutan di atas, uji panel tersebut dengan
menggunakan Body File atau merasai dengan tangan (mengerakkan tapak tangan
pada permukaan panel).
➢ Ulangi proses ketukan penyudah jika masih terdapat permukaan panel yang belum
rata secara ketukan layang.
➢ Elakkan dari mengetuk terlalu kuat atau terlalu lama pada satu satu tempat,
kemungkinan panel akan kembang semula.
➢ Untuk permukaan panel yang luas bolehlah kita menggunakan pembaris panjang
untuk memastikan permukaan panel telah rata.
➢ Sekiranya panel masih dalam keadaan turun naik (bergelombang) atau kembang,
ulangi proses pengecutan seperti di atas, perlu di tekankan proses ulangan ini mesti
di lakukan dengan gerakkarja yang cermat.
➢ Bulatan pemanasan perlu dikecilkan sedikit dan ketuk dengan berhati hati.

