Page 51 - SKEMA JAWAPAN BM 2 (MODUL TIPs)
P. 51
Program Modul Azam Jaya / Bahasa Melayu Kertas 2
PPD Machang/ 2020
SET 6
3a) morfologi = 6 markah
Bina ayat
Maksud perkataan
(i) Melipatgandakan- menggandakan berkali-kali
(ii) Mengucar-ngacirkan-menjadikan keadaan kucar kacir
(iii) Menguatkuasakan-menjadikan berkuat kuasa
(iv) Mengemaskinikan-menjadikan kemas, mengusahakan supaya kemas
(v) Mencampuradukkan-menjadi bercampur aduk
(vi) Menguar-uarkan-mengumumkan sesuatu dengan suara yang kuat
Contoh ayat
(i) Pihak sekolah diseru untuk melipatgandakan usaha untuk meningkatkan pencapaian akademik
pelajar mereka.
(ii) Semua penduduk Kampung Taginambur diingatkan supaya tidak membincangkan perkara yang
dapat mengucar-ngacirkan ketenteraman kampung dalam mesyuarat itu.
(iii) Kerajaan harus menguatkuasakan undang-undang jalan raya untukmengurangkan kemalangan
yang sering berlaku.
(iv) Guru kaunseling sedang mengemaskinikan maklumat pelajar yang akan mengikuti kem motivasi
pada minggu depan.
(v) Guru Bahasa Melayu menasihati pelajarnya supaya tidak mencampuradukkan bahasa Melayu
dengan Bahasa Inggeris.
(vi) Pihak pennaja menggunakan van bergerak untuk menguar-uarkan konsert yang akan diadakan
pada malam itu.
3(b) –SINTAKSIS = 6 markah
Ayat aktif kepada ayat pasif
1
Cakap Ajuk Cakap Pindah
“Berapa harga ikan kembung Aminah ingin tahu akan harga ikan kembung di tempat itu.
ini?”
“Murah, RM10.00 sekilo.” Penjual ikan memberitahu Aminah bahawa harga ikan yang
dijualnya murah sahaja iaitu RM10.00 sekilo.
“Mana murah, minggu lepas Aminah menidakkan dakwaan penjual ikan itu.
RM9.00 sahaja,” kata Aminah. Aminah menegaskan bahawa harga ikan kembung pada
minggu sebelumnya hanya RM9.00 sekilo.
HAR/JAWAPAN MODUL TIPS:BM2(SPM) 51

