Page 27 - INOVASI - LATIHAN INTENSIF MACHs
P. 27

Intensif MACHs/2020



                                LATIHAN 15




                                                     Soalan 1 :   Rumusan



                                                           [30 markah]

               Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang ciri-ciri anak autisme dan usaha ibu
               bapa untuk membantu perkembangan mereka.  Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah
               perkataan.



                       Hari Kesedaran Autisme Sedunia merupakan satu inisiatif bagi meningkatkan kesedaran masyarakat
               dalam memahami penghidap autisme yang disambut pada 2 April setiap tahun. Autisme ialah sejenis penyakit
               gangguan  pertumbuhan  tumbesaran  seseorang  kanak-kanak  yang  mengganggu  perkembangan  otak  dalam
               jangka masa panjang yang memberikan kesan dalam pemikirannya. Kadar autisme dalam kalangan kanak-kanak
               adalah satu atau dua orang dalam 1000 dan empat kali ganda lebih kerap terjadi dalam kalangan kanak-kanak
               lelaki.  Tanda  awal  autisme  ialah  pada  usia  enam  bulan,  bayi  tersebut  tidak  mengukir  senyuman  dan  tidak
               menunjukkan ekspresi gembira.


                       Oleh itu, ibu bapa perlu cakna jika mendapati bayi tidak mempunyai hubungan mata atau hubungan
               mata yang terhad apabila berlakunya proses interaksi. Walaupun tiada ubat untuk menyembuhkan anak autisme
               ini, mereka masih perlu dirawat dengan memfokuskan gejala yang berkaitan.Tanda lain autisme yang boleh
               dikenal pasti termasuklah perkembangan pertuturan yang lambat. Jika didapati anak telah berusia empat tahun
               tetapi tidak langsung boleh bertutur, segeralah bertemu doktor. Selain itu, anak istimewa ini juga cepat marah
               dengan perubahan kecil dalam rutin atau persekitarannya. Sebagai ibu bapa, janganlah hanya tahu menghukum
               tetapi carilah pendekatan yang terbaik.


                       Penghidap autisme tidak menghiraukan keadaan sekeliling malah tidak merasai kewujudan orang lain.
               Sebagai contoh, anak tersebut boleh duduk sendirian di suatu sudut dan kelihatan bahagia dengan kehidupannya
               sendiri.  Sesetengah daripada mereka boleh mengamuk dan tidak boleh mengawal tekanan apabila sesuatu
               keinginannya tidak dipenuhi. Jadi, mereka perlu diberikan ruang untuk meredakan amuk tersebut kerana jika
               tidak ditangani dengan profesional boleh mengundang mudarat. Sesetengah daripada mereka mempunyai tindak
               balas luar biasa atau reaksi keterlaluan terhadap bunyi, cahaya, warna dan rasa. Misalnya mereka menjadi takut
               apabila mendengar bunyi yang kuat seperti mercun dan guruh.






               Suntingan: HAR/SISC+BAHASA PPDM
   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32