Page 4 - HASNI - PAK21 (SIRI 2)
P. 4
KOLABORATIF
Berlaku kerjasama dan muafakat antara guru-murid dan murid-murid
secara aktif dan menyeluruh yang membolehkan pertukaran idea dan
pandangan antara murid.
Bekerjasama
Murid daripada pelbagai kebolehan bekerjasama untuk mencapai matlamat
yang sama dan saling bergantungan untuk berjaya.
Tanggungjawab Bersama
Murid bertanggungjawab terhadap tugasan yang diberikan dalam kumpulan
dan menghargai sumbangan dan idea rakan-rakan yang lain.
KOLABORATIF
Penglibatan Seimbang
Murid dilibatkan secara seimbang dalam kumpulan melalui pembahagian
tugasan berdasarkan keupayaan murid.
Bertolak Ansur
Murid dapat menerima dan menghormati pandangan orang lain. Bersikap
fleksibel dan dapat bertolak ansur untuk mencapai matlamat yang sama.
4

