Page 87 - Koleksi Ceritera Bitara
P. 87
TEMA : JATI DIRI
TAJUK : AMANAT
Berdiri aku di pagi yang hening,
Menikmati pemandangan,
Sambil tangan memegang secawan kopi,
Seringkali bermain dalam fikiran; adakah layak aku di sini,
Sedangkan yang jauh,
Membanting tulang,
Demi aku,
Demi memastikan aku senang berada di sini.
Namun,
Semua itu tidak akan terbalas,
Melainkan dengan, sebuah kejayaan.
Kuteguk secawan kopi yang sedang kupegang,
Sejuk! Baru tersedar,
Satu jam sudah berlalu, dalam melayani imaginasiku.
MUHAMMAD IZZAT BIN JASNI
TEMA : KASIH SAYANG
TAJUK : CINTA
Cinta,
Tidak terletak pada kata-kata,
Kerana mulut yang berjanji juga memungkiri.
Cinta,
Tidak dilihat pada wajah,
Kerana wajah gembira juga menyorokkan jiwa kecewa.
Cinta,
Tidak mampu ditafsir oleh perbuatan,
Kerana lumrah manusia berbuat baik sesama sendiri.
Cinta,
Bukanlah ikhlas semata-mata,
Kerana manusia yang saling menolong juga ikhlas.
Cinta,
Tidak mampu aku jelaskan,
Kerana cinta ditafsirkan,
Oleh kata-kata, wajah,
Perbuatan, dan ikhlas,
Dari hati.
MUHAMMAD IZZAT BIN JASNI
55

