Page 2 - BUKU PENGURUSAN & TAKWIM SEKOLAH 2021
P. 2
AMANAT PENGETUA
Untuk Semua Warga Pendidik SMK (P) Methodist,
Salam sejahtera dan selamat kembali menjalankan tugas tahun 2021.
Sekalung tahniah dan syabas saya tujukan kepada Jawatankuasa Buku Pengurusan
yang telah bertungkus-lumus bekerja untuk merealisasikan penerbitan buku ini.
Sesungguhnya buku pengurusan sekolah ini sangat penting sebagai rujukan dan garis
panduan kepada semua guru dalam rangka melaksanakan tugas dengan lebih efisien dan
berfokus.
Kita seharusnya rasa bersyukur kerana masih lagi diberi peluang, kekuatan dan
kesungguhan untuk memikul amanah sebagai pendidik, terutamanya dalam keadaan
penularan pandemik Covid-19 yang telah menular di negara kita sejak tahun 2020.
Dalam alam pendidikan, tahun 2021 merupakan satu tahun yang penuh dengan
cabaran di mana kita semua terpaksa mengikut norma baharu akibat pandemik Covid-19.
Semua murid tingkatan 1, tingkatan 4 dan tingkatan 5 akan memulakan sesi persekolahan
secara bersemuka pada 20 Januari 2021, manakala murid tingkatan 2 dan 3 akan memulakan
sesi persekolahan pada tarikh yang sama tetapi secara home-based learning , mereka akan
kembali ke sekolah untuk sesi pembelajaran secara bersemuka pada 3 Mac 2021. Ini
bermaksud guru perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran teknologi
terkini untuk mengendalikan pengajaran secara atas talian di alam maya. Di samping itu, guru
mungkin akan dibebankan dengan waktu pengajaran yang lebih banyak. Saya berharap
semua guru dapat menerima cabaran ini dengan tabah dan penuh berdedikasi.
Menurut Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) , kita sudah melangkah
masuk ke Gelombang 3 ( 2021 – 2025 ), Pada permulaan Gelombang 3, semua sekolah, guru
dan pengetua/guru besar perlu menunjukkan prestasi melebihi standard minimum. KPM akan
memberikan tumpuan kepada meningkatkan keluwesan operasi untuk memupuk budaya
kepimpinan rakan setugas bagi pembangunan kecemerlangan profesional.Kementerian juga
akan menganjakkan kebanyakan sekolah kepada model pengurusan berasaskan sekolah dan
membangunkan model kejayaan sekolah berdasarkan inovasi dalam pengajaran.
Dengan ini, matlamat utama sekolah ialah meningkatkan kualiti pengurusan dan
inovatif dalam pengajaran di samping meningkatkan pencapaian kemenjadian murid ke satu
tahap yang membanggakan. Pelaksanaan pengajaran dengan pengamalan PAK 21 akan
membantu peningkatan pencapaian akademik dan shasiah murid.
Akhir kata, kita harus bersikap positif dan menerima segala cabaran dan
transformasi yang bakal datang pada sesi persekolahan 2021, saya percaya dengan
kesatuan hati dan semangat kerja sepasukan , sekolah pasti akan mencapai kecemerlangan
yang diharap-harapkan.
Selamat menjalankan tugas sepanjang tahun 2021.
Onwards Onwards MGS
CHAN PECK FONG
PENGETUA
SMK (P) METHODIST, KL
P1

