Page 18 - Slide Majalah Pengajian Islam Group 4
P. 18
- Bagi pembiayaan islam pula, jumlah bayaran adalah jelas dan tetap
sepanjang tempoh pembiayaan. Ini kerana jumlah maksimum yang perlu
dibayar oleh pelanggan sudah dipersetujui lebih awal.
❏ Pengubahsuaian Terma Kewangan
- Pinjaman konvensional, pengubahsuaian terma kewangan seperti
peningkatan jumlah pinjaman hanya akan dikenakan duti setem ke atas
perjanjian kemudahan pinjaman.
- Pembiayaan islam pula, perjanjian jual dan beli balik ( BBA ) yang baru
perlu disediakan, yang akan menjadikan ia lebih mahal.
❏ Penstrukturan Semula
- Sekiranya berlaku kegagalan, pinjaman konvensional adalah lebih
mudah untuk melakukan penstrukturan semula berbanding pembiayaan
islam.

