Page 12 - TAKLIMAT DISIPLIN 2021
P. 12
TATACARA PADA WAKTU BALIK
●Apabila tamat waktu persekolahan, murid akan keluar beratur di luar kelas mengikut
penjarakkan fizikal (1 meter) dengan diawasi oleh guru mata pelajaran masa terakhir dan
guru bertugas.
●Murid bergerak mengikut laluan yang telah disediakan, menuju ke Dewan
Muafakat untuk berkumpul, sementara menunggu kehadiran ibu bapa,
penjaga atau bas sekolah.
●Ibu bapa/penjaga yang hendak menjemput murid pulang, perlu mengimbas
QR kod yang ditampal di pondok menunggu di depan pagar sekolah. Isikan
maklumat yang diperlukan dengan lengkap sebelum dihantar (submit).
●Murid akan dipanggil oleh guru bertugas dan keluar melalui pintu kecil pagar
sekolah mengikut laluan yang telah disediakan.

