Page 6 - PIBG SMSKP
P. 6

Kata-Kata Aluan Pengetua

             Kata-Kata Aluan Pengetua SM Sains Kubang Pasu





              Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera…

              Alhamdulillah..Bersyukur kita ke hadrat Ilahi dengan izin dan limpah kurnia-Nya dapat bersama-
              sama kita berkumpul bagi membincangkan hal berkaitan kebajikan dan kecemerlangan anak-
              anak dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ke-11. Kehadiran ibu bapa amat saya sanjung tinggi dan
              hargai kerana besar ertinya kepada pihak sekolah sebagai tanda sokongan dan komitmen anda
              terhadap kemajuan sekolah dan prestasi akademik anak-anak. Saya percaya kehadiran tuan-tuan
              dan puan-puan juga amat beerti kepada anak-anak kerana keprihatinan ibu bapa mereka sudah
              tentu  dapat  menyuntik semangat  anak-anak  untuk  lebih berjaya  bukan  sahaja dalam  bidang
              kokurikulum malah kurikulum khususnya.


              Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pihak
              yang  telah  berusaha  dengan  ikhlas  dan  dedikasi  bagi  membantu  pihak  sekolah  dalam
              meningkatkan  prestasi  Sekolah  Menengah  Sains  Kubang  Pasu  ke  arah  yang  lebih  dinamik.
              Sumbangan pihak tuan amat kami hargai bukan sahaja dari segi tenaga dan masa, malah turut
              menyumbangkan wang ringgit sehingga membolehkan pelbagai program yang dirancang dapat
              dilaksanakan dengan jayanya.

              Saya percaya kerjasama ini sememangnya amat perlu jika kita inginkan sebuah kejayaan. Sikap
              saling membantu ini bukan sahaja memberi keuntungan kepada pihak sekolah malah anak-anak
              tuan dan puan juga mendapat manfaatnya. Pihak sekolah akan sentiasa berusaha memastikan
              kejayaan ini akan dapat ditingkatkan dari masa ke masa.

              Akhir  kata,  saya  bagi  pihak  warga  Sekolah  Menengah  Sains  Kubang  Pasu  bersedia  untuk
              menerima  sebarang  cadangan,  sokongan  mahupun  teguran  daripada  pihak  ibu  bapa  demi
              kemajuan bersama. Moga usaha kita mendapat keredaan daripada Allah SWT.

              Terima kasih atas sokongan anda kepada kami.



              Sekian. Terima kasih.

              Striving Together Towards Excellence









              …………………………………………………..
              SHABUDIN BIN ALI
              Pengetua,
              Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu

                                                                                                   5                   Mesyuarat Agung PIBG Kali ke- 11 2020
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11