Page 2 - hari guru sedar 2019
P. 2

1.0 PENGENALAN

               Setiap tahun sambutan hari guru diadakan serentak di seluruh negara pada tarikh 13 Mei. Walau
               bagaimanapun, pada tahun ini sambutan akan  diadakan  lebih awal daripada tarikh tersebut.
               Sambutan Hari Guru Sekolah Kebangsaan Bandar Kuala Krai  akan diadakan pada 25 April 2019.
               Tema sambutan hari guru pada tahun ini ialah “Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi”. Tema
               tersebut  amat  sinonim dengan  pengorbanan  suci  guru-guru dalam  melahirkan    warganegara
               yang  berjaya    dan  seterusnya  menjadi  pemangkin  untuk  membentuk    negara  Malaysia  yang
               aman, maju dan sejahtera.

               2. .0  MATLAMAT

               Matlamat utama sambutan hari guru peringkat sekolah 2019  adalah untuk meraikan  guru-guru
               yang telah menabur bakti dan berkorban demi anak didik yang tercinta. Di samping itu, sambutan
               ini juga dapat mengeratkan ukhwah di kalangan guru-guru, murid-murid dan ibu-bapa.

               3.0 OBJEKTIF

                       3.1  Meraikan warga pendidik SK Bandar Kuala Krai sempena sambutan hari guru pada 25 April  2019.

                       3.2 Mengenang dan membalas jasa guru-guru yang mencurahkan bakti mendidik murid-
                          murid SK Bandar Kuala Krai.

                       3.3 Memupuk semangat perpaduan  dan kerjasama muhibah di kalangan guru.

                       3.4 Mengeratkan dan merapatkan hubungan silaturrahim antara guru, kakitangan, murid-
                          murid serta ibu-bapa.


               4.0 TEMA

                       4.1 Tema Hari Guru 2019 ialah “GURU, OBOR HEMAH MENYINARI PERTIWI”
                       4.2 Tema pakaian bagi Sambutan Hari Guru SEDAR 2019 berkonsepkan “ Hitam Putih
                          Kehidupan”.


               5.0  TARIKH / HARI / MASA / TEMPAT

                       Tarikh        :25 APRIL 2019
                       Hari          :  KHAMIS
                       Masa          : 0740 pagi hingga 1100 pagi
                       Tempat        : Dewan Terbuka SEDAR
   1   2   3   4   5