Page 10 - Buku Teks Biologi Ting4 full
P. 10

1.1                Bidang Biologi dan Kerjaya


                                       Apakah Biologi?

                                       Perkataan ‘Biologi’ berasal daripada bahasa Yunani iaitu ‘bios’ yang
                                       bermaksud kehidupan dan ‘logos’ yang bermaksud kajian. Biologi  ialah
                                       kajian terperinci tentang benda hidup dan persekitaran semula jadi. Biologi
                                       membolehkan kita memahami struktur dan fungsi organisma, serta
                                       hubungan dan interaksi antara organisma dengan alam sekitar. Beberapa
                                       contoh bidang kajian biologi ditunjukkan dalam Gambar foto 1.1.
                    TMK 1.1
                  Video: Apakah itu
                      Biologi?
                   (Dicapai pada 21
                    Ogos 2019)


                                                Botani
                                                 Kajian
                                                 mengenai
                                                 hidupan
                                                 tumbuhan      Fisiologi
                                                               Kajian mengenai
                                                               fungsi dan
                                                               mekanisme dalam
                                                               organisma


                                   Ekologi
                                    Kajian mengenai                        Genetik
                                    interaksi antara                       Kajian mengenai
                                    organisma dan                          pewarisan dan
                                    persekitarannya                        variasi genetik





                                               Mikrobiologi
                                               Kajian mengenai
                                               mikroorganisma

                                         GAMBAR FOTO 1.1 Contoh bidang kajian biologi

                  Lensa Biologi
                 Teknik percetakan
                 bio tiga dimensi                    Inovasi Malaysia
                 (3D) digunakan
                                         Salah satu kejayaan inovasi teknologi di Malaysia
                 untuk mencetak
                                         ialah penghasilan perancah biologi daripada kulit
                 dan membentuk
                                         kerang untuk kegunaan rawatan pergigian. Inovasi
                 tisu tiruan dan
                                         teknologi di Malaysia diterajui penyelidik daripada
                 membantu dalam
                                         universiti dan institusi penyelidikan awam dan
                 bidang kejuruteraan
                                         swasta.
                 perubatan moden.
                 4                                                                         1.1.1  1.1.2
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15