Page 121 - Buku Teks Biologi Ting4 full
P. 121

7.2                  Respirasi Aerob


                                        Respirasi aerob
                                                        ialah proses penguraian glukosa dalam kehadiran
                                        oksigen untuk menghasilkan tenaga kimia. Oksigen digunakan untuk
                                        mengoksidakan glukosa bagi menghasilkan karbon dioksida, air
                                        dan tenaga.
                                        Proses respirasi aerob bermula dengan proses glikolisis. Glikolisis
                                        bermaksud penguraian glukosa oleh enzim. Proses ini berlaku
                                        dalam sitoplasma. Satu molekul glukosa diuraikan menjadi dua
                                        molekul piruvat.
                                        Peringkat seterusnya berlaku dalam mitokondrion. Piruvat yang terhasil
                       TMK 7.1          dalam proses glikolisis dioksidakan melalui satu siri tindak balas untuk
                   Video: Respirasi aerob    menghasilkan karbon dioksida, air dan tenaga. Sebahagian besar tenaga
                 (Dicapai pada 21 Ogos 2019)  digunakan untuk menghasilkan molekul adenosina trifosfat (ATP).


                     Fikirkan!                    Glikolisis                  Pengoksidaan piruvat
                   Bilangan               Glukosa       Piruvat           Karbon dioksida + air  + tenaga
                   mitokondrion
                   dalam sel otot atlet   (Berlaku di dalam sitoplasma)   (Berlaku di dalam mitokondrion)     BAB 7
                   meningkat setelah
                   menjalani latihan
                   intensif. Terangkan   Proses respirasi aerob diringkaskan seperti berikut.
                   bagaimana ini        •   Molekul ATP terhasil apabila kumpulan fosfat tak organik ditambahkan
                   menyumbang               kepada adenosina difosfat (ADP).
                   kepada pencapaian
                   atlet berbanding                         tenaga
                   dengan mereka              ADP + fosfat            ATP
                   yang tidak
                   menjalani latihan
                   intensif.
                                        •   Molekul ATP mempunyai ikatan fosfat yang lemah.

                                        •   Apabila ikatan fosfat pada molekul ATP diputuskan, tenaga yang
                                            terbebas dibekalkan kepada sel untuk membantu kita menjalankan
                                            aktiviti-aktiviti harian.

                                                     tenaga
                                              ATP              ADP + fosfat

                                        Proses keseluruhan pengoksidaan glukosa diringkaskan seperti berikut:

                                          Persamaan Perkataan:
                                          Glukosa  +  oksigen     Karbon dioksida  +  air  +  tenaga
                                                                                      (2898 kJ)









                 7.2.1  7.2.2                                                                       115
   116   117   118   119   120   121   122   123   124   125   126